Meskipun terlepas slot ke temasya Sukan SEA Thailand dalam acara 800m (meter), Avineshwer Austin, ingin menjadikan saingan Kejohanan Grand Final Varsity Olahraga 2025 sebagai platform untuk membuktikan sesuatu.
Austin berharap prestasi cemerlang dapat dilakarnya dalam kejohanan kali ini, lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri iaitu di Stadium Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
"Untuk persiapan agak sukar kerana saya sudah mulakan kelas, selepas berlatih perlu masuk kelas dan juga terpaksa ke latihan lambat," katanya.
Pengalaman beraksi di Sukan SEA Hanoi 2021 memberikan austin harapan tinggi di pentas VTF atas dasar keluarganya yang bakal turun menyaksikan dirinya bersaing nanti.
Malah, dia turut berkongsi ingin merebut tempat dalam skuad kebangsaan dan sekali lagi kembali bersaing di Sukan SEA satu hari nanti.
"Kejohanan kali ini memang harapan saya tinggi walaupun kekangan masa untuk berlatih, saya mahu jadikan memori manis memandangkan di laman sendiri selain keluarga yang akan hadir.
"Saya berharap untuk sambung pelajaran selepas raih Ijazah Sarjana Muda ini, jadi boleh sambung karier olahraga atau boleh ulang pencapaian ke Sukan SEA pada 2022." tambahnya.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang