Skip to main content

Sukan Lain

Varsity Olahraga: Aniq Aqil mahu cipta rekod peribadi baru lompat jauh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

platiim.jpg
'Sedih tapi bermakna'

Itu antara ungkapan yang dilontarkan kapten kontinjen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Muhammad Aniq Aqil, yang berharap dapat melakar sesuatu di Kejohanan Grand Final Varsity Olahraga 2025 yang juga merupakan edisi terakhir buat dirinya.

Aniq yang bakal menyertai acara lompat jauh platinum dan juga lompat bergalah diamond mempunyai impian untuk mengucapkan selamat tinggal dengan bergaya buat UTHM.


"Untuk kali terakhir ini bagi saya agak sedih, jadi saya harap mampu lakukan yang terbaik buat pasukan dan diri sendiri," katanya.

Aniq juga akur dengan kekuatan barisan atlet elit negara yang bakal bersaing di pentas VTF nanti.

oleh itu, pelan terperinci telah dilaksanakan demi mendapatkan kejayaan tersendiri di kejohanan kali ini.


"Untuk prestasi sebelum ini saya lebih fokus melayakkan diri ke saingan platinum kerana dalam VTF ada dua bahagian.

"Untuk ke diamond saingan sengit kerana berdepan atlet kebangsaan, jadi saya fokus platinum dan rekodkan catatan terbaik sendiri." tambahnya.

 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video