Skip to main content

Sukan Lain

Varsity Olahraga: Aliff Iman sedia rebut gelaran raja pecut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

100.jpg
'Saya nak rampas takhta raja pecut VTF'

Berikut merupakan laungan pelari pecut 100m (meter) lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM), Aliff Iman Fahimi, yang optimis merebut takhta raja pecut Kejohanan Grand Final Varsity Olahraga 2025 kali ini.

Aliff terlepas gelaran itu selepas mengalami kecederaan seminggu sebelum berlangsungnya saingan Grand Final pada edisi 2024, dengan dia komited mahu menebus kekecewaannya dengan ungguli edisi kali ini.

"Semestinya akan menjadi persaingan sengit, saya semestinya mahu mengejar catatan masa untuk persediaan saya ke Sukan SEA nanti.

"Harapan saya juga untuk menebus dalam edisi lalu susulan mengalami kecederaan. Untuk musim ini, saya berazam mencari semula kedudukan saya merangkul raja pecut VTF," katanya,

Sementara itu, dia sedar akan apa yang bakal dihadapinya dengan nama-nama besar dan juga pendatang baru berpotensi seperti danish ifthikar bakal menjadi pencabar utama di grand final nanti.

"Persiapan rapi cuma saya tidak letakkan harapan tinggi, kerana pesaing agak sengit dan saya cuma mahu kekalkan prestasi saya," kongsinya.

Dalam pada itu, atlet jarak jauh Universiti Malaya, Wan Muhammad Fazri, akan bersaing dalam acara 400 meter.

Bagi diirnya, dia ingin jadikan pentas itu sebagai persiapan sebelum ke Sukan SEA Thailand dengan cuba mendapatkan masa dan juga bentuk strategi terbaik dalam menghadapi satu lap saingan 800 meter nanti.

"400m ini adalah acara sampingan saya, ia sebagai latihan buat saya tambah kelajuan untuk 800m nanti.

"Dalam masa yang sama ia persiapan untuk saya ke Sukan SEA Thailand nanti." katanya.
Puma

PUMA SALE: Up to 50% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video