Skip to main content

Sukan Lain

Varsiti Olahraga: Umar akui penyertaannya satu kesilapan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

usman-omar.jpg
Khabar duka menimpa atlet olahraga negara, Umar Osman, apabila tidak dapat beraksi dalam acara 400 meter diamond Grand Final Varsiti Olahraga di Arena UM selepas dinasihatkan supaya berehat berikutan kecederaan yang dialaminya. 

Umar -- yang mencipta sensasi dalam Sukan SEA Kemboja -- menganggap kehadirannya di Universiti Malaya (UM) untuk menyaksikan kejohanan berlangsung ibarat menabur garam di atas luka apabila hanya dapat melihat dari bangku penonton.

"Kehadiran saya di sini sebenarnya tidak diperlukan. 

"Ini merupakan satu kesilapan sendiri kerana masih dibelenggu kecederaan dan kesakitan yang memerlukan tempoh 6-8 minggu untuk pulih," katanya petang tadi. 


 

Advertisement

Must Watch Video