HOKI

Van Huizen: Kebangkitan di London berpunca daripada pemain-pemain

Penulis Jemputan 01/07/2017 | 05:29 MYT
Kejayaan skuad hoki lelaki negara menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam saingan Liga Hoki Dunia Separuh Akhir di London baru-baru ini wajar dipuji.
Biarpun tewas dalam dua aksi awal menentang Argentina dan England, The Malaysian Hockey Tigers bangkit untuk memenangi baki aksi kumpulan menewaskan China dan Korea Selatan.
Kebangkitan itu diteruskan apabila menundukkan tuan rumah Piala Dunia 2018, India, di peringkat suku akhir untuk mengesahkan tempat dalam saingan separuh akhir serta menempah tiket automatik ke Piala Dunia tahun hadapan.
Bagi Van Huizen, semangat pemain-pemainnya yang bertekad mahu menampilkan aksi terbaik adalah punca kebangkitan tersebut.
“Selepas kami tewas dalam dua perlawanan awal, saya serta panel kejurulatihan melakukan pertemuan dengan semua pemain dan hasilnya sangat membuatkan saya teruja.
“Mereka bertekad mahu melakukan yang terbaik dan tidak mahu hanya cakap kosong. Hasilnya, kami berjaya meraih kemenangan ke atas China, Korea Selatan dan India,” ujarnya.
#Hoki
;