Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

UTMB Ultra Trail: Pekebun Gunung Kinabalu terpilih wakil negara ke Mont-Blanc

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

milton-amat.jpg
Dari kebun ke podium UTMB Ultra Trail Run -- itulah gambaran paling tepat untuk satu-satunya wakil negara, Milton Amat, yang gah mengakhiri saingan di kedudukan podium.

Dia menamatkan cabaran merentasi laluan sejauh 100km yang bermula di Taiping itu dengan catatan masa 12'2:18 saat. 

Petani sayur di kampung halamannya di Gunung Kinabalu, Sabah, itu sempat berkongsi rahsia di sebalik kejayaan meskipun sudah berusia 42 tahun.
 
Kejayaan ini turut menyaksikan Milton bersama dua lagi pemenang utama berjaya mengesahkan slot ke Cabaran Larian UTMB Mont-Blanc, Ogos tahun depan. 

"Saya iada masalah yang serius. Saya tidak sempat kejar peserta ketika pendakian Bukit Larut," katanya selepas garis penamat. 



Sementara itu, juara, Thuo Ji, mendedah dia menjadikan atlet Malaysia, Daved Simpat, sebagai rujukan di cabaran ini.

Dia yang berasal dari China di sebalik kepayahan dan kekuatan mengharungi cabaran mendaki Bukit Maxwell yang cukup ikonik di Taiping, meletakkan catatan masa Daved ketika menyertai larian di laluan sama tahun lalu sebagai penanda aras memandangkan ini adalah kali pertama dia mengambil bahagian dalam cabaran sebegini di Malaysia.

"Tahap kelembaban di sini tinggi jadi saya berlari sebaik mungkin pada sebelah malam untuk mencipta jarak yang selesa. 

"Saya tidak kenal pencabar lain selain rakan senegara. Saya pecut untuk dapatkan jarak yang selesa," katanya. 





 

Advertisement

Must Watch Video