Skip to main content

Sukan

UTAR destinasi pertama Rakan Muda Turun kampus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

utar.jpg
Program Rakan Muda Turun Kampus di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara rasminya dimulakan pada Rabu dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Sungai Long dipilih selaku destinasi pertama yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Rakan Muda Turun Kampus merupakan program khusus yang dapat mendekatkan projek KBS ini dengan penuntut Institut Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh Malaysia dengan misi untuk memastikan pandangan dan idea generasi muda disampaikan kepada kepimpinan tertinggi KBS.

Hadir sama memeriahkan program ini ialah Presiden UTAR, Ir. Profesor Datuk Dr. Ewe Hong Tat juga Ketua Setiausaha KBS, Datuk Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.




Selepas ini Program Rakan Muda Turun Kampus akan ke Universiti Malaya di Petaling Jaya pada 10 April.

Advertisement

Must Watch Video