Daripada sukan kriket, dia berjaya tempah nama dengan mencatatkan rekod dunia 'box jump' ketika zaman Covid-19, Harinder Sekhon mengambil keputusan untuk ubah angin ke arah sukan olahraga ataupun lebih tepat lagi memasuki acara lompat jauh.
Ternyata perubahan yang sukar, namun bagi atlet berumur 34 tahun itu terdapat satu perkara yang perlu dibuktikan, dan dalam masa sama dia ingin memberikan inspirasi kepada orang ramai.
"Jurulatih dan saya berhubung di Instagram dan dia beri saya peluang untuk mencuba sukan lompat jauh. Ia agak sukar untuk mencabar atlet muda memandangkan saya sudah memasuki usia 30.
"Tetapi latihan saya berjalan dengan lancar dan progres berada di landasan terbaik. Bagi saya, usia hanya angka. Saya tidak kisah dengan cabaran atlet lain, tetapi ia sesuatu yang menyeronokkan berada dalam kejohanan dan bersaing," katanya.
Harinder bukan sahaja ingin menjadikan ia sebagai perjalanan yang perlu dilalui, malah dia mempunyai sasaran tersendiri untuk berjaya dalam kariernya.
Dengan fokus awal semestina kejohanan tempatan, jika diberikan peluang, Harinder ingin melayakkan diri ke Sukan SEA Thailand dalam usaha mendekati impiannya utnuk beraksi di pentas Sukan Olimpik suatu hari nanti.
"Sasaran utama adalah Sukan SEA dan juga Sukan Olimpik, saya banyak belajar daripada ramai atlet di sini dan melihat mereka dalam televisyen. Sasaran Utama mereka adalah Sukan Olimpik." tambahnya.