Nasib ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh, sedang dinilai?
Meskipun ada gerakan yang mengkritik revolusi yang cuba dicetuskannya, Sarjit tidak patah semangat, malah terus menyediakan 'kertas kerja' untuk mempersiap pasukan menghadapi tiga lagi kejohanan penting tahun ini.
Selain itu, pertimbangan sewajarnya diberikan menerusi kempen Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 kerana itu adalah petunjuk prestasi utama (KPI) dirinya, di samping mahu The Speedy Tigers menempah slot ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA 2028).
Menerusi laporan wartawan Astro Arena, Karl Nunis, pengendali berusia 62 tahun itu bercadang mengadakan siri jelajah persahabatan antarabangsa di beberapa buah negara dari Eropah dan Asia.
Usai kekalahan di tempat keenam dalam Piala Negara-Negara dan gagal memenuhi impian ke separuh akhir, kem negara akan mengharungi Piala Asia di India (Ogos), Piala Sultan Ahmad Shah (November) dan acara dwitahunan iaitu Sukan SEA (Disember).
Ini menjadikan pemain berpeluang cerah menimba ilmu daripada pasukan elit dunia, sambil memberi peluang untuk pemain muda menonjolkan bakat.
Sebagai tambahan, saksikan kupasan khas mengenai pembangunan hoki negara oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Samsul Ariffin, di Nadi Arena, 7.30 petang ini.

???
— karlnunis (@_karlnunis) June 23, 2025
Ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh sedang menilai tawaran terbaik dari Eropah & Asia bagi aksi persahabatan.
‘Connection’ Sarjit bersama jurulatih terkemuka memudahkan Speedy Tigers jalani aksi kompetitif seperti Jelajah Australia & Korea @ASTROARENA pic.twitter.com/VGAwbeUkrP
Usai kekalahan di tempat keenam dalam Piala Negara-Negara dan gagal memenuhi impian ke separuh akhir, kem negara akan mengharungi Piala Asia di India (Ogos), Piala Sultan Ahmad Shah (November) dan acara dwitahunan iaitu Sukan SEA (Disember).
Ini menjadikan pemain berpeluang cerah menimba ilmu daripada pasukan elit dunia, sambil memberi peluang untuk pemain muda menonjolkan bakat.
Sebagai tambahan, saksikan kupasan khas mengenai pembangunan hoki negara oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Samsul Ariffin, di Nadi Arena, 7.30 petang ini.
'TNB dan KHM bersama membangunkan Hoki Negara!'????
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 22, 2025
Bersama Datuk Seri Subahan Kamal dan Samsul Ariffin di Nadi Arena 23 Jun, jam 7.30 malam hanya di Astro Arena! Jumpa esok!??#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/QIzu2vsC43