Skip to main content

Sukan Lain

Universiti Dunia: Skuad kyorugi negara tekad ulangi podium

muhammad-syafiq-zuber.jpg
Sukan taekwondo menjadi antara sandaran besar buat Malaysia untuk tidak pulang dengan tangan kosong dalam Kejohanan Universiti Dunia yang dulunya dikenali sebagai Universiade di Chengdu, China, bermula 28 Julai ini.

Satu-satunya pingat gangsa yang diraih dalam edisi lalu di Napoli, Itali, sudah semestinya memberikan keyakinan buat skuad taekwondo berpasukan bagi acara kyorugi bagi mengulangi kejayaan itu.

Persiapan terakhir skuad taekwondo negara masih lagi berlangsung berbaki dua hari lagi di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, sebelum bertolak ke Chengdu, sehari sebelum temasya. 

Pembawa bendara universiade, Muhammad Syafiq Zuber dan Ahmad Nor Iman Hakim, antara dua atlet yang masih kekal dalam acara kyorugi itu berharap agar pengalaman mereka dapat membantu pasukan untuk naik ke podium memenangi pingat emas Sukan SEA Kemboja, Mei lalu. 



"Pasukan kali ini lebih kuat kerana mereka sudah lama berlatih dengan kami. 

"Lagipun kami baru habis kem latihan selama tiga minggu di Turki. 

"Kami berempat dapat meningkatkan keserasian antara kami," kata Syafiq. 

Menurut  Nor Iman: "Latihan kami (di Turki) lebih menjurus kepada strategi dan taktikal memandangkan di Asia, lebih berbeza. 

"Oleh itu, kami dapat belajar kedua-duanya. 

"Dua muka ini berlatih dengan baik jadi saya harap mereka dapat membantu kami sebagai rakan sepelatih."

Sementara itu jurulatih kyorugi, Syed Taufiq Syed Abdul Hamid, menjelaskan bahawa persiapan mereka sebelum ini di Istanbul Turki selama tiga minggu bertemu lawan dari Eropah bakal membantu anak buahnya meningkatkan lagi kualiti permainan mereka secara taktikal.
 

 

Advertisement

Must Watch Video