LIGA SUPER FANTASY
Ultimate Liga Super Fantasy: Ahmad Mazri kongsi tips terbaik!
Pengalaman bermain Liga Super Fantasy sejak 2012 menjadi kunci pengalaman buat Ahmad Mazri dalam saingan Ultimate Liga Super Fantasy.
"Saya telah mula bermain Liga Fantasi Liga Super sejak 2012 namun edisi terbaru ini ia mempamerkan format serta peraturan yang berbeza.
"Pembelian kad dan menaik taraf kad amat penting dalam Ultimate Liga Super Fantasy dalam usaha untuk mendapatkan mata tertinggi.
"Minat menyusun kesebelasan terbaik pemain Liga Super ini amat menarik perhatian saya. Ditambah dengan hadiah lumayan antara motivasi saya untuk bermain permainan ini.
"Platform pemain ini memberikan mata berganda kepada mana-mana pemain dalam kesebelasan utama, saya sentiasa meletakkan kapten kepada Bergson kerana dia sentiasa menghadirkan jaringan dan bantuan kepada rakan sepasukan.
"Pemilihan pemain penyerang serta tengah memiliki peluang untuk menghadirkan mata yang banyak bagi mana-mana pasukan, mereka memainkan peranan penting bagi membantu pasukan untuk berada dalam kedudukan yang baik.
"Masih ada peluang untuk merebut hadiah dan kedudukan. Anda tidak perlu membuat sebarang bayaran dan ia boleh menjadi salah satu hibutan tanpa fizikal serta berpeluang untuk memperoleh hadiah daripada permainan ini."