F1
Ujian pertama Lewis Hamilton bersama Ferrari
Juara Dunia tujuh kali Formula 1, Lewis Hamilton akui berasa tidak sabar dan teruja untuk beraksi buat pertama kali bersama pasukan barunya, Ferarri bagi saingan Formula 1 musim ini.
Walaubagaimanapun, Hamilton waspada dengan peralihan ke pasukan lain dan membiasakan diri dengan jentera barunya. Bekas pelumba Marcedes itu juga waspada dengan jangkaan tinggi orang ramai yang mahu melihat prestasinya bersama Ferrari.
Untuk rekod Kimi Raikkonen adalah pelumba terakhir pasukan Ferrari yang berjaya menjulang kejuaraan Dunia iaitu pada tahun 2007.
Iklan
"Saya mempunyai sasaran saya tersendiri, saya tahu apa yang saya boleh capai, saya tahu apa yang saya perlu buat untuk mencapai sasaran itu, hanya perlu bersabar dan bekerja keras. - kata Hamilton
Perlumbaan pertama saingan Formula 1 musim 2025 akan membuka tirainya di Litar Grand Prix Albert Park yang terletak Melbourne, Australia pada Ahad.
— Formula 1 (@F1) March 10, 2025
Must-Watch Video