Skip to main content

Sukan Lain

UFC: Dana White sahkan sudah adakan pertemuan dengan FBI

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dulgar.jpeg
Presiden UFC, Dana White mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung laporan aktiviti pertaruhan mencurigakan dalam salah satu pertarungan di UFC Vegas 110 pada Ahad lalu.

Isaac Dulgarian diramal mengalahkan petarung bukan pilihan, Yadier del Valle dalam kelas featherweight, namun tewas pada pusingan pertama melalui rear-naked choke.

Kekalahan itu berlaku selepas syarikat integriti pertaruhan, IC360 memberi amaran kepada UFC mengenai sejumlah besar pertaruhan yang dibuat pada pertarungan tersebut.

Dulgarian dan Jurulatihnya, Marc Montoya bagaimanapun menafikan segala dakwaan tersebut atau terlibat dengan sebarang penipuan.

Namun tidak diketahui siasatan yang dijalankan oleh FBI sampai ke peringkat mana ketika ini terhadap dakwaan penipuan seperti yang dilontarkan itu.

Advertisement

Must Watch Video