Skip to main content

Sukan Lain

UFC 262: Tumbangkan Chandler, Oliveira bergelar juara dunia lightweight

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

charles-oliveira.jpg
Charles Oliveira berjaya menyelamatkan diri daripada pusingan pertama bertemu Michael Chandler dalam UFC 262 sebelum menamatkan saingan secepat mungkin dalam pusingan kedua.

Oliveira (31-8) menumbangkan Chandler dengan tumbukan pertama dalam pusingan kedua sebelum menang secara TKO dalam 19 saat untuk menjuarai gelaran lightweight UFC di Houston. 

Dalam perlawanan UFC yang ke-28, petinju MMA kelahiran Brazil meraih kejuaraan, yang ditinggalkan Khabib Nurmagomedov kerana bersara. 

Chandler (22-6) telah menang pusingan pertama, namun gagal memastikan dia menewaskan Oliveira. 

Sejurus petinju berusia 31 itu menemui rentak, dia mempamerkan kualitinya dengan satu tumbukan, ia merupakan kemenangan Oliveira yang ke-17, melintasi Donald Cerrone untuk kemenangan paling banyak dalam sejarah UFC. 
 

 

Advertisement

Must Watch Video