Skip to main content

Futsal

Ubah mentaliti futsal negara agenda utama jurulatih baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futsal-rakphol-sainetngam.jpg
Ketua jurulatih futsal negara, Rakphol Sainetngam, percaya barisan pemain negara perlu mengubah sikap serta mentaliti terlebih dahulu jika ingin maju ke hadapan.

Jelas pengendali berusia 44 tahun itu, pemain negara wajar menanamkan mentaliti ingin menang dalam setiap kejohanan yang disertai.

Antara misi utama Rakhpol ketika ini adalah untuk memahami karakter serta corak permainan 20 pemain yang dipanggil sertai kem latihan pusat yang bermula Isnin depan.

"Pokoknya adalah jurulatih dan pemain perlu saling mengenali terlebih dahulu. 






"Kami perlu ubah mentaliti pemain Malaysia terlebih dahulu yang tidak seiring dengan Thailand dan Indonesia.

"Inilah cabaran yang perlu dihadapi. 

"Peminat tidak boleh bersikap terburu-buru. Saya perlukan keyakinan mereka dan saya percaya kami mampu melaksanakannya," katanya di Wisma FAM hari ini.

Rakphol yang diumumkan sebagai ketua jurulatih baru skuad futsal negara bulan lalu bakal dibantu oleh Addie Azwan Zainal yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan serta bekas ketua jurulatih futsal wanita kebangsaan.

Malaysia kini dalam persiapan menjelang kelayakan Piala Asia 2024 di Uzbekistan yang bermula 7 hingga 11 Oktober 2023.

Advertisement

Must Watch Video