Tze Liang bakal dilantik sebagai jurulatih pelapis
Hanis Natasya
Disember 26, 2024 19:18 MYT
Disember 26, 2024 19:18 MYT
Penerjun negara, Ooi Tze Liang, telah dilantik sebagai jurulatih pelapis skuad terjun negara yang berkuat kuasa mulai Mac tahun hadapan.
Namun, menurut Setiausaha Agung Renang Malaysia, Andy Low, Tze Liang masih menjalani latihan bersama skuad negara sehingga hujung Januari sebelum membuat keputusan untuk bersara daripada sukan terjun.
"Tiada masalah bagi Andy untuk memberikan Tze Liang tanggungjawab mengendalikan skuad pelapis memandangkan dia memahami tugas seorang jurulatih," kata Andy Low menerusi Nadi Arena.
Dalam hal ini, Persatuan Renang Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Instruktor Penyelamat Kelemasan yang berlangsung selama empat hari di Pusat Akuatik Negeri Sembilan.
Kursus itu membuka peluang kepada golongan muda untuk mempelajari kaedah penyelamatan mangsa dengan teknik yang tepat, selain meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan berenang secara selamat.