Indiana Pacers berjaya hidupkan semula harapan kejuaraan apabila menewaskan Oklahoma City Thunder 108 berbalas 91 dalam Game 6 NBA Finals 2025.
Namun, yang lebih mencuri perhatian sudah pasti sifat juang Tyrese Haliburton yang tetap bermain walaupun mengalami kecederaan otot di betis kanannya.
Sebelum perlawanan, status Haliburton menjadi tanda tanya kerana kecderaan tersebut dan harus melakukan ‘game time decision’ sama ada ingin bermain atau tidak tetapi Haliburton memilih untuk mengutamakan misi pasukannya berbanding ketidakselesaan yang dirasakan. Kehadirannya di gelanggang bukan semata-mata tentang keupayaan fizikal tetapi lebih kepada semangat yang ditonjolkan dikala pasukan memerlukan khidmatnya.
Prestasi Haliburton dalam Game 6 membuktikan wataknya sebagai seoarang atlit elit. Walaupun hanya berjaya menyumbang 14 mata selama 23 minit bermain, tetapi itu cukup untuk menghidupkan semangat pasukan untuk pastikan Game 6 ini milik mereka.
Ketiadaan Haliburton dalam beberapa minit penting digantikan dengan cukup sempurna oleh rakan sepasukan, dengan Obi Toppin menyumbang 20 mata dibantu Pascal Siakam dengan jaringan 16 mata untuk mengheret perlawanan ke Game 7 yang akan berlangsung pada 23 jun di Oklahoma!