Skip to main content

Sukan Lain

Tular: Sukan lumba T-Rex curi perhatian dunia

luma-trex.jpg
Advertisement
Seiring dengan perkembangan peradaban dan teknologi, lahir beberapa jenis sukan baru, antaranya teqball, footgolf dan yang kian meniti populariti, pickleball.

Siapa sangka dengan memakai kostum dinosaur tyrannosaurus rex (T-Rex) dan berlumba lari, ia boleh menjadi satu sukan baru yang mempunyai pengikut tersendiri.

Laman Facebook, USA Today, baru-baru ini berkongsi sebuah potongan video menunjukkan betapa meriahnya perlumbaan T-Rex di Jepun.

Menurut laporan itu, seramai 500 peserta menyertai perlumbaan berkenaan, yang diasaskan di Washington, Amerika Syarikat.

Ia menarik perhatian memandangkan kostum yang digunakan pernuh warna-warni dan memiliki perwatakan tersendiri.

Video:

Must Watch Video