KRIKET

Tular: Baru berusia 15 tahun, Marsya Qistina sebak sebaik dapatkan wicket pertama negara

Muzaffar Musa 23/01/2025 | 09:16 MYT
Marsya Qistina Abdullah mencuri tumpuan dunia kriket apabila dia dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik mendapatkan wicket pertama Malaysia dalam Piala Dunia T20 B-19 Wanita di Bayuemas Oval hujung minggu lalu.
Marsya Qistina mendapatkan wicket itu untuk menyingkirkan pemain Sri Lanka, Sanjana Kavindi.
Selepas berjaya melakukannya, dia kelihatan amat beremosi selepas didakap rakan-rakan sepasukannya sebelum dilihat mengalirkan air mata.
Tangisan itu dilihat cukup tulus dan menarik perhatian warga kriket seluruh dunia sehingga video rakaman momen itu tular dikongsikan pelbagai media, termasuk laman media sosial rasmi Jawatankuasa Kriket Antarabangsa (ICC).
Video:

A post shared by ICC (@icc)

#Kriket #Marsya Qistina Abdullah #Piala Dunia T20 B-19 Wanita
;