Skip to main content

Bola Keranjang

Tugas rumit NS Matrix rampas kejuaraan

kejohanan-bola-keranjang-piala-juara-juara.jpg
NS Matrix Malaysia berdepan tugas sukar dalam misi merampas Piala Juara-Juara daripada Seri Mutiara meskipun berjaya mengelak wakil Amerika Syarikat di peringkat kumpulan.

Edisi keempat kejuaraan yang akan membuka tirai 2 Oktober ini menyaksikan NS Matrix Malaysia diundi sekumpulan dengan wakil dari Serbia, Korea Selatan, dan Macau.

NS Matrix Malaysia pernah muncul juara ketika edisi pertama saingan pada 2015 tetapi sukar menandingi peningkatan lawan yang lebih berkualiti pada dua edisi berikutnya.

Usaha meningkatkan intensiti kejuaraan diteruskan penganjur, NBL Asia, menerusi pilihan edisi kali ini, Texas All Stars, yang menghimpunkan bakat daripada liga pembangunan NBA. 

"Ia satu tugas berat kerana standard pertandingan ini sangat berbeza berbanding edisi pertama. 

"Ketika itu, pertandingan terdiri daripada penyertaan pasukan tempatan dan sebuah pasukan dari Filipina. 

"Kini banyak pasukan profesional yang mantap mengikuti pertandingan ini, oleh itu kami hanya mahu menyediakan platform menimba pengalaman buat pemain tempatan," kata pengurus NS Matrix Malaysia, Richard Lim.

Ketua Pegawai Eksekutif NBL Asia, Tan Kee Hian, berpendapat penyertaan pasukan luar memeriahkan kancah Piala Juara-Juara sambil memberi amaran kepada pasukan tempatan agar berwaspada.

"Terdapat pasukan dari Australia dan Amerika Syarikat yang turut menyertai kejohanan ini dan secara tidak langsung meningkatkan mutu kejohanan ini ke satu tahap lebih tinggi lagi berbanding edisi terdahulu. 

"Mereka ini adalah pemain yang beraksi sebanyak 82 perlawanan semusim."

Advertisement

Must Watch Video