Menyaksikan kehebatan Pasukan Racing Aurora di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), insan yang tidak terkecuali bersama-sama dalam pencapaian gemilang pasukan ini adalah bapa Hayden iaitu Haikal Zubir yang terus mempercayai kemampuan anaknya serta Daniel Bilski yang memiliki pengalaman luas untuk mencetus kemenangan.
Menurutnya, dia sudah menjangkakan sesuatu yang menarik bakal berlaku selepas hujan turun dengan lebatnya dalam perlumbaan 2 GT4, The Super Series (TSS) berikutan Hayden merupakan seorang pelumba yang memiliki kepakaran berlumba dengan keadaan litar basah.
"Hayden memang suka cuaca hujan. Apabila cuaca, tidak semestinya kekuatan jentera sebaliknya corak pemanduan juga memainkan peranan.
"Sejak peringkat karting hingga GT, dia telah bina skil untuk memandu dalam hujan dengan baik," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Dia turut menzahirkan penghargaan dan memuji Prinsipal Pasukan Racing Aurora, Sanjay Pattis, yang mengendalikan pasukan dan pelumbanya dengan cemerlang biarpun ini baru merupakan tahun kedua penubuhan pasukan ini beraksi di pentas itu.
"Pasukan ini sangat muda. Ini tahun kedua pasukan ini ditubuhkan.
TSS: Aksi dalam hujan jadi 'makanan' Pasukan Racing Aurora
"Semangat dia bukan sahaja untuk menaikkan nama pasukan dan ke mana-mana dia pergi, dia akan cakap 'saya mewakili Malaysia'.
"Dia juga bantu bakat baru kerana kos dalam sukan permotoran bukan murah.
"Dia sangat membantu sukan permotoran di Malaysia," katanya lagi.