Pelumba Racing Aurora, Hayden Haikal dan Peter Hackett, yang memandu jentera Mercedes AMG GT4 terlepas peluang untuk berada dalam kedudukan podium Kejuaraan Thailand Super Series (TSS) 2024 ketika perlumbaan pertama dan kedua pusingan terakhir di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, hari ini.
Hasil 'Post-mortem' awal mendapati kapasiti penggunaan tayar yang kurang baik mendorong kepada keputusan yang diperoleh pada pusingan akhir itu.
Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, mendapatkan penasihat prestasi Aurora Racing, Jazeman Jaafar, bagi mendapatkan solusi untuk memastikan prestasi mereka konsisten dan sentiasa berada pada tahap terbaik menjelang saingan lebih getir tahun hadapan.
"Sebenarnya tayar cepat haus jadi kita perlu mencari strategi dan tetapan yang membolehkan tayar digunakan hingga penghujung perlumbaan.
"Kita fokus daripada aspek tetapan dan dari aspek tekanan tayar, buat masa ini ia bekerja dengan baik. Saya rasa pencapaian pada tahun ini istimewa kerana kami masih baru dan dari Malaysia." katanya.
Saufi Tahir
Mon Dec 16 2024