Skip to main content

Permotoran

TSS Super Series: Racing Aurora optimis tembusi kelompok tiga terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

acing.jpg
Pasukan Racing Aurora yang menyimpas Hasrat untuk untuk mengumpul mata terbaik bagi mengakhiri musim 2025 dalam kelompok tiga terbaik.

Litar Sepang bakal menjadi saksi saingan dalam pusingan ketiga The Super Series (TSS) menerusi pertaruhan terkini bag pasukan Racing Aurora -pelumba baru mereka iaitu bekas juara dua kali perlumbaan GT3 kelahiran Australia- iaitu Daniel Bilski.

Selepas mengharungi dua pusingan musim ini, Bilski yang bergandingan dengan Hayden Haikal nampaknya semakin serasi bersama.






Malah, pengalaman Bilski di litar asing mampu menambah lagi peluang pasukannya terus mencuri podium utama hujung minggu ini.

"Kami berada di tahap terbaik, Litar Sepang merupakan litar yang penuh muslihat dengan cuaca juga. Kami yakin kami boleh berikan cabaran pada hujung minggu ini untuk meraih podium," katanya.

Pusingan pertama di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, menyaksikan Racing Aurora gagal berada di kelompok terbaik.

Namun, keserasiaan pemandu semakin ketara sebaik menjuarai perlumbaan kedua di Chonburi bulan lalu.

"Tahun lalu musim pertama kami menamatkan cabaran di pusingan ketiga, semestinya kami ingin berada dalam kelompok tiga terbaik juga.

"Tetapi ia tidak mudah dengan saingan sengit daripada pasukan lawan, ia tidak mudah." tambah prinsipal Racing Aurora, Sanjay Pattis.

 

Advertisement

Must Watch Video