Pelumba muda negara, Hayden Haikal, bakal digandingkan bersama pelumba baru selepas khabar angin kuat yang mengatakan Peter Hackett tidak lagi bersama pasukan untuk saingan The Super Series dalam kategori GT4 tahun ini.
Bagaimanapun, rakan 'sparring' baru itu disahkan bukan berasal dari Malaysia dan merupakan seorang pelumba yang memiliki pengalaman luas serta kemahiran yang tinggi dalam perlumbaan di peringkat dunia.
Susulan keputusan 'post mortem' secara holistik, Hayden percaya jenteranya sedia untuk menggegar aksi perlumbaan pusingan pertama yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Chang, Thailand bermula 22 Mei ini.
"Persiapan saya banyak melihat aksi tahun lalu, barisan pemandu belum rasmi lagi. Persiapan banyak lihat video dan data tahun lalu dan maklum balas daripada jurutera sebelum ini juga.
"Banyak yang dapat belajar daripada tahun lalu, saya rasa kami akan peluang yang lebih besar tahun ini." katanya.
Untuk rekod, Hayden berjaya menduduki tempat ketiga bersama Hackett dengan mengumpul 112.5 secara keseluruhan untuk musim lalu.