SUKAN LAIN
TSS The Super Series GT4: Peter Hacket, Hayden Haikal bangkit raih kemenangan di Litar Sepang
Pelumba Malaysia Racing Aurora, Peter Hackett bersama pelumba sensasi Malaysia, Hayden Haikal, berjaya melakar kemenangan dalam perlumbaan TSS The Super Series GT4, di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Peter Hacket terlebih dahulu memandu selama 25 minit sebelum diserahkan kepada Hayden yang berjaya merapatkan jurang dengan strategi yang baik ketika memandu Mercedes-AMG GT4 dalam tempoh perlumbaan satu jam itu.

Iklan
Untuk rekod, pasukan itu berjaya memenangi perlumbaan sulung mereka ketika kejuaraan pusingan pertama di Litar Buriram, Thailand pada 4 Mei lalu.
Dalam pada itu, Ketua Pasukan Malaysia Racing Aurora, Sanjay Pattis, mengucapkan terima kasih kepada pasukannya selepas memberika aksi yang luar biasa untuk meraih kemenangan kedua pada musim ini.
"Kemenangan ini adalah bukti dedikasi yang tidak berbelah bahagi dan tanpa jemu dengan usaha semua orang yang terlibat dalam pasukan kami.
"Ia benar-benar satu pencapaian yang luar biasa memandangkan kami masih dalam pembentukan baru-baru ini." Katanya.
Must-Watch Video