Individu utama yang berada disebalik tabir kejayaan Racing Aurora, Sanjay Pattis, kehilangan kata-kata selepas menjadi saksi sejarah terulung di laman keramat iaitu Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Racing Aurora merupakan 'pasukan kerdil' dikalangan pasukan gergasi dalam saingan TSS Super Series GT4.
Selepas kemarau kejuaraan dalam edisi lalu, Racing Aurora akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan kedua pusingan keempat selaku juara.
"Ia memang mencabar dengan satu jam perlumbaan dan kita tiada pengalaman dengan jentera ini dengan keadaan tayar semua, tetapi secara keseluruhan saya sangat bangga dengan pelumba dan pasukan saya.
"Dalam Perlumbaan 2 kami bermula di tempat kedua dan menang, saya masih terkejut. Kita tidak boleh jangkakan kerana banyak bahagian dan semuanya boleh menjadi sebaliknya tetapi pasukan hadapi dengan baik.
"Kami perlu berfikir dengan pantas apa perlu dilakukan untuk perlumbaan seterusnya." katanya.
Kereta nombor 36 dan warna jentera ikonik kuning yang melintasi garisan penamat dengan kelajuan impak maksima, menggambarkan kerja keras sepasukan menghasilkan pulangan berbaloi.
Mengimbas kembali detik cemas yang dilaluinya pada Khamis lalu, Sanjay boleh mengambil nafas lega apabila keputusan untuk menukar jentera asal mercedes AMG GT4 kepada porsche 718 Cayman GT4 RS Clubsport membawa tuah buat pasukannya.