Skip to main content

Permotoran

TSS: Racing Aurora terus konsisten, sambar podium di Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

p2.jpg
Kejuaraan The Super Series (TSS) menyaksikan pasukan RacingAaurora mengakhiri perlumbaan kedua saingan GT4 The Super Series (TSS) 2025 di tempat kedua.

Selepas muncul tempat ketiga pada perlumbaan pertama, pasukan Racing Aurora membawa momentum terbaik mereka untuk terus mencipta kejayaan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Dengan menggunakan jentera Toyota Supra dalam perlumbaan kali ini, pelumba Racing Aurora, Daniel Bilski dan Hayden Haikal mempamerkan pemanduan yang cemerlang sekali gus mengukuhkan kedudukan keseluruhan pelumba di tempat keempat.






Hayden yang menjadi pemandu pertama berjaya untuk mengekalkan petak permulaan di tempat kedua dan merampas kedudukan ke tempat pertama sebelum 'pit window' dibuka. meskipun kedudukan pertama dirampas selepas 'pitstop', daniel bilski sebagai pemandu kedua bijak untuk mengekalkan kedudukan kedua hingga tamat perlumbaan.

"Saya rasa ia perlumbaan yang baik dengan meraih P2 dan kami telah melakukan yang terbaik. Ia lebih baik daripada berakhir di tempat ketiga mahupun keempat.

"Ini adalah perlumbaan jadi kami perlu terus memandang kehadapan untuk perlumbaan seterusnya nanti." kata Hayden Haikal.
 
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video