Pasukan Racing Aurora kelihatan masih belum serasi dengan jentera Porsche dalam perlumbaan pertama kategori GT4, The Super Series (TSS) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
Perubahan jentera di saat-saat akhir daripada Mercedes AMG GT4 kepada Porsche 718 Cayman GT4 RS Clubsport memberikan situasi tidak menentu buat pasukan itu.
Menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas, jentera nombor 36 yang digunakan mereka, bagaimanapun, mendapat bonus apabila menduduki tempat kedua kategori Porsche.
Pelumba pertama Racing Aurora, Daniel Bilski, mengakui berdepan kesukaran dan masih banyak perlu dipelajari menjelang perlumbaan kedua esok.
"Saya memandu pelbagai jentera Porsche sebelum ini tetapi jentera ini, khususnya, saya tidak pernah menggunakannya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Ia bukan seperti 911, ia lebih kepada jentera dengan enjin pertengahan. Ia memerlukan banyak perkara untuk dipelajari dan ia memerlukan gaya pemanduan yang unik.
"Segala yang kami pelajari tahun ini adalah berkenaan jentera Mercedes dan ia jentera yang amat-amat berbeza untuk dipandu.
"Saya rasa kami boleh berbangga dengan apa yang kami dapat capai (dengan jentera ini) dalam masa yang amat-amat singkat, di mana kami hanya dapat menggunakan jentera ini buat kali pertama semalam."