"Kota Rom tidak dibina semalaman" menjadi frasa kata yang seringkali didengar merujuk kepada proses yang lama untuk mencapai kejayaan.
Namun, senario unik dan epik pula yang terjadi dalam saingan GT4 TSS apabila pasukan Racing Aurora melakar sejarah tersendiri muncul juara perlumbaan kedua, pusingan keempat di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Racing Aurora yang berperang dengan masa untuk mempersiapkan jentera ampuh bagi perlumbaan kali ini, selepas menukar kepada porsche 718 cayman gt4 RS Clubsport pada saat akhir.
Meskipun perlumbaan pertama hari ini tidak menyebelahi Racing Aurora, namun kejayaan yang didambakan kunjung tiba pada saat yang tidak diduga.
Perlumbaan yang memuntut setiap pasukan berlumba selama sejam dengan dua pemandu ternyata menguji keserasian pemandu dan jentera baru.
Racing Aurora mempertaruhkan kepakaran Hayden Haikal sebagai pelumba utama dan dia berjaya memintas pendahulu dalam tempoh 30 minit pemanduan, sebelum kelebihan itu dikekalkan Daniel Bilski sekali gus mencipta sejarah baru muncul juara buat kali pertama sejak penglibatan pada musim 2024.
Disebalik kejayaan penuh bersejarah Racing Aurora, tempoh 16 jam diperlukan bagi transformasi kereta porsche 718 cayman kepada kereta lumba di pentas elit.