Skip to main content

Permotoran

TSS: Peranan jurutera enjin lonjak pacuan Racing Aurora

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

remi-aurora-racing.jpg
Di sebalik kebangkitan luar biasa Racing Aurora, rahsianya terletak di tangan kepintaran jurutera enjin dari Perancis yang jelas mengetahui apa yang diperlukan untuk mencabar di kedudukan podium kategori GT4 Thailand Super Series (TSS) 

Individu tersebut merujuk kepada Remi Laratte yang dapat menghidu punca jenteranya gagal menamatkan saingan dalam kelompok hadapan dalam pusingan kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini. 

Laratte menegaskan terdapat beberapa komponen yang diubahsuai daripada sesi kelayakan menuju ke perlumbaan 1 untuk mendapatkan pacuan terbaik, sesuai dengan kredibiliti dua pemandu-Daniel Bilski dan Hayden Haikal.

"Selepas kesukaran dalam pusingan kelayakan, kami mengadakan sedikit ubah suai.

"Pemandu pula mendapati ia selesa jadi saya harap segalanya berjalan lancar," katanya.

Percaturan daripada Prinsipal dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Racing Aurora jitu uga jelas membuahkan hasil apabila meletakkan Bilski sebagai pelumba pertama untuk membawa cabaran dalam kelompok lima terbaik.





"Strategi menukar pemandu, Hayden, berhasil dan pada mulanya sukar untuk mengejar kedudukan dua pelumba paling depan memandangkan mereka terlalu laju. 

"Namun, kelajuan mereka turun mendadak dan (kami cuma mengejar tapi tak sempat) ia agak mengejutkan kami," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video