Skip to main content

Permotoran

TSS: Hayden-Daniel pamer kebangkitan luar biasa dari petak belakang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hayden-haikal.jpg
Sensasi dilakar pelumba Racing Aurora, Hayden Haikal, yang bertindak selaku pelumba kedua memecut laju untuk menoktahkan saingan di penghujung saingan di tempat keempat kategori GT4, Thailand Super Series (TSS).

Aksi hangat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula agak goyah apabila Daniel Bilski berada di tempat keenam dan sekali-sekala berjaya menjengah di kedudukan kelima.

Bagaimanapun, magis yang ditunggu-tunggu hadir menerusi pemanduan cekap Hayden, yang berjaya mengintai peluang pada saat-saat akhir untuk menaiki dua anak tangga, sekali gus menamatkan saingan di tempat keempat.

Kemasukan "safety car" pada minit-minit akhir setelah tercetus kemalangan melibatkan beberapa jentera lain, turut mempengaruhi dan memberi kelebihan kepada Racing Aurora, dengan baki dua lap tambahan sebelum menamatkan perlumbaan pertama.

"Kami bermula dari petak paling belakang, kemudian Daniel berhasil memintas pelumba-pelumba di depannya. 




"Sebaik keluar dari pit, saya di tempat kelapan sebelum safety car keluar. 

"Ia membantu kami dalam dua pusingan terakhir. 

"Kereta kami juga dalam keadaan baik dan kami mula dapat menyesuaikan diri," katanya. 

Secara keseluruhan, Hayden berpuas hati serta yakin mampu melakar keputusan lebih baik dalam perlumbaan 2 esok. 

"Kami bermula dari petak belakang sekali, bukan mudah untuk memintas lapan pelumba selepas itu. 

"Jadi saya gembira (dengan keputusan ini).

"Ada peluang untuk saya tempatkan diri dalam posisi tiga teratas. 

"Saya perlu mengelak sebarang masalah," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video