Skip to main content

Permotoran

TSS: Cabaran masa tak halang Hayden Haikal pacu kejayaan Racing Aurora

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hay.jpg
'Kereta berbeza, misi yang sama!' 

Semangat luar biasa itu dibawa pasukan Racing Aurora sehingga berjaya mengukir sejarah baru apabila muncul juara perlumbaan kedua dalam pusingan keempat saingan GT4 The Super Series (TSS) 2025, semalam.

Lebih membanggakan lagi, hari bersejarah itu berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Minggu yang tampak sempurna pada awalnya bertukar tragedi buat seketika pada hari Khamis lalu apabila jentera asal, Mercedes AMG GT4 menggalami masalah teknikal pada saat akhir.






Malah, jentera Porsche 718 Cayman GT4 RA Clubsport berada di (SIC) menjadi taruhan meskipun kedua dua pemandu iaitu Daniel Bilski dan Hayden Haikal tidak pernah menggendalikan kereta lumba jenis itu sebelum ini.

Meskipun bergelut untuk mencapai kelajuan maksima pada perlumbaan pertama apabila menamatkan saingan di tempat keempat, kerja keras disebalik tabir pasukan Racing Aurora berjaya memepersiapkan jentera lebih ampuh sehingga berjaya muncul juara dalam perlumbaan kedua.

Saingan GT4 semalam menyaksikan RacingAaurora mengungguli saingan tatkala tempat kedua milik gandingan Mitchell Cheah- Naquib Azlan.

"Tidak sama langsung, karakter memandu itu berbeza. Ia memang berbeza dan kami perlu menerima tetapi masa juga singkat kerana memandu pada Jumaat.

"Masa yang singkat tetapi dapat berlumba untuk kemenangan, jadi ia okay." katanya.
Supplement

Tenaga Untuk Kekal Sihat

Bantu tingkatkan daya tahan & fokus supaya sentiasa berada di prestasi terbaik.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video