Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menandatangani perintah eksekutif pada hari Selasa untuk menubuhkan Pasukan Petugas Olimpik White House menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Pasukan petugas tersebut antaranya akan terdiri daripada anggota kabinet Trump dan beberapa tugas mereka termasuklah menyelaras aspek keselamatan serta lalu lintas semasa kejohanan berlangsung. Dalam pada itu, pasukan itu juga akan memperkemas proses visa dan akreditasi untuk atlet, jurulatih, pegawai dan media antarabangsa.
Sementara itu, Casey Wasserman, jawatan kuasa penganjuran Los Angeles 2028, menyifatkan penubuhan pasukan ini sebagai langkah penting dalam mempersiap Olimpik LA dan mencerminkan komitmen untuk mempamerkan Sukan Olimpik terbaik di dunia.