Skip to main content

Sukan SEA

Triatlon: Aimi tekad buru pingat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aimi-iwasaki.jpg
Atlet triatlon negara, Aimi Iwasaki,  akan mengetepikan masalah kepenatan untuk memastikan kilauan pingat dalam acara campuran berganti-ganti Sukan SEA Filipina esok.

Aimi menamatkan acara individu di tempat kelima, namun kegagalannya menjejakkan kaki ke podium meningkatkan semangatnya untuk memburu pingat dalam acara berikutnya.

"Saya amat berpuas hati kerana tidak menyangka dapat menamatkan kedudukan dalam kelompok lima teratas.

"Walaupun sasaran saya agak tinggi, ia merupakan pentas terbesar yang pernah saya sertai.

"Saya tidak sabar untuk menghadapi acara esok bersama rakan sepasukan kerana kami berlatih setiap hari," katanya.

Advertisement

Must Watch Video