Skip to main content

Sukan

Travis Kelce, Taylor Swift, semakin mabuk bercinta?!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tt.jpg
Pertunangan Travis Kelce, bintang NFL yang terkenal dengan karismanya di padang, bersama penyanyi pop global, Taylor Swift, memang menjadi topik yang tidak pernah basi. 

Namun, menariknya, analisis media sosial menunjukkan peminat Las Vegas Raiders paling lantang memberikan reaksi negatif terhadap berita gembira ini. 

Seolah-olah hubungan cinta mereka pun mampu menggugat emosi peminat bola sepak. Betul ke?

Betapa besarnya pengaruh budaya pop dalam dunia sukan -- Taylor Swift bukan sahaja menakluk carta muzik, tetapi kini namanya disebut-sebut dalam liputan cerita NFL. 

Ada peminat yang merasakan ini memberi warna baharu, ada juga yang merasakan ia mengganggu ‘keseriusan’ liga.

Perkara yang jelas kelihatan, bila dunia hiburan dan sukan bertembung, ia pasti akan mencetuskan perdebatan. Ada yang merasakan wujud gelombang negatif mungkin disebabkan perasaan cemburu, identiti pasukan, atau sekadar tak gemar bila 'spotlight' terlalu banyak diberikan pada pasangan ini. 

Dan inilah bukti bagaimana media sosial membentuk naratif hari ini. Cinta dua selebriti bukan lagi kisah peribadi, tapi menjadi bahan analisis, meme, dan perdebatan hangat. 

Ia mengingatkan kita bahawa sempadan antara hiburan dan sukan semakin kabur dan mungkin, peminat sebenarnya diam-diam suka dengan drama ini.

So you all team on tak on dengan pasangan penuh kontroversi ni?
Pandora Ring

Bercinta Ala Hollywood

Kalau Travis & Taylor boleh tunjuk kasih sayang mereka pada dunia, anda pun boleh abadikan cinta dengan cincin hati istimewa ini.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video