BERBASIKAL
Transformasi Shah Firdaus buat John Beasley terkesima
Juara keirin Piala Negara-Negara (UCI) Siri Turkiye 2025, Shah Firdaus Sahrom, akan melalui transformasi fizikal demi kekal relevan bersama pelumba Eropah.
Turut tidak terkecuali, ratu trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, diarahkan untuk memperkasakan daya ketahanan fizikal demi mengekalkan kayuhan emas.
Figura hebat sukan berbasikal Malaysia, John Beasley terkesima dengan pencapaian luar biasa 'The Terminator' meraih pingat emas keirin Piala Negara-Negara (UCI) di Konya, Turkiye Sabtu lalu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di sebalik kejayaan ikonik itu, Beasley terpukau dengan keupayaan dan daya ketahanan fizikal Shah Firdaus Sahrom mengatasi masalah kecederaan lututnya yang melanda atlet berusia 30 tahun itu sebelum Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) bermula.
Turut meraih pujian Beasley, The Pocket Rocketwomen, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang memperbaharui rekod kebangsaan miliknya, menerusi catatan 10.578 saat dalam acara pecut.
Memandangkan kem basikal negara akan kembali aktif menerusi Jelajah Jerman bermula 29 Jun -- tempoh 100 hari akan digunakan untuk meningkatkan kelajuan dari aspek sains sukan.
Antara elemen nilai tambah dalam prestasi Shah Firdaus dan Izzah -- pertambahan kualiti otot demi mencapai kelajuan impak maksima.