Acara larian Trail Titans Kiara Hills tahun ini menyaksikan Lee Min-Xiang menjuarai cabaran 16KM dan memecahkan rekod peribadi.
Lee, mengakui bahawa trek hutan yang berbukit turut itu mencabar tahap kemampuannya untuk menamatkan larian, di sebalik memecahkan rekod cabaran selama 10 minit.
"Saya telah memulakan latihan sejak Julai lalu dan konsisten selama 10 tahun.
"Sudah tentu, saya perlu memberikan sepenuh tumpuan terhadap laluan yang mencabar kerana tidak mahu membuat sebarang kesilapan mudah," katanya.
Penganjuran kali ini cukup istimewa kerana sambutan yang lebih menggalakkan apabila menerima penyertaan daripada seisi keluarga, serta kategori veteran.
Pengarah Dirigo Events, Gloria Ng, melihat acara larian yang lebih mencabar itu, mampu diteruskan setiap tahun.
"Saya agak terkejut dengan penyertaan yang sangat menggalakkan ini. Sudah pasti, kami akan menganjurkan lagi selepas ini dengan menyasarkan lebih ramai pelari dari kalangan keluarga, warga emas dan orang muda," kata Gloria Ng.
Najmi Iman
Sun May 05 2024