Pihak berkuasa Britain kini sedang melakukan siasatan terhadap tragedi yang berlaku dalam aksi saingan British Superbikes 2025 dua hari lalu sehingga meragut dua nyawa pelumbanya.
Owen Jenner, 21, dan Shane Ricahrdson, 29, maut selepas terbabit dalam kemalangan ngeri ketika perlumbaan Race 2 berlangsung yang membabitkan ramai pelumba ketika memasuki selekoh pertama.
Beberapa pelumba lain juga turut mengalami kecederaan yang serius dalam insiden kemalangan tersebut termasuk Tom Tunstall.
Polis Daerah Cheshire mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang meneliti kemalangan tersebut dengan teliti ketika ini termasuk memanggil pihak penganjur kejohanan tersebut.
"Kami telah menerima laporan berkenaan kemalangan tersebut yang menyebabkan dua pelumba kehilangan nyawa manakala seorang lagi pelumba mengalami kecederaan yang serius." Jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis itu semalam.
Tragedi yang berlaku itu juga menyebabkan penganjur terpaksa membatalkan pada hari berkenaan.
Motorcycle Circuit Racing Control Board dan Motorsport Vision Racing kini sedang bekerjasama denga pihak polis untuk mengenalpasti punca kemalangan secara menyeluruh ketika ini.