Ikon lumba kereta negara, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel, menyifatkan perlumbaan pusingan ketiga Toyota Gazoo Racing (TGR) yang mempromosikan 'close racing' menerusi 'success balast', menawarkan suasana lebih menarik.
Perlumbaan melibatkan tiga kategori yang menyaksikan Litar Antarabangsa Sepang itu (SIC) tampak padat dengan persaingan prestasi antara kereta adalah setara.
Tengku Djan Ley sendiri memegang tanggungjawab besar untuk membawa tiga pelumbanya di kedudukan terbaik dalam saingan kali ini.
Bagi pengurus Pasukan Prima Pearl SP Selatan kelas super sporting itu, melihat Mitchell Cheah mengakhiri perlumbaan di kedudukan keempat masih dianggap sebagai pencapaian baik selepas membawa lebihan berat sebanyak 35 kilogram dalam perlumbaan hari ini.
"Yang pentingnya dia mengakhiri di posisi yang bagus.
"Memandangkan dia akan memulakan di petak ketiga esok, seterusnya berpeluang (lebih cerah) untuk meraih tempat pertama atau kedua," katanya.
Dalam saingan kelas sporting, salah satu pelumbanya, Taj Aiman daripada Pasukan Saksama Motosports, mencuri peluang untuk mengakhiri perlumbaan di kedudukan ketiga.
"Dia tidak meraih kedudukan yang bagus dalam sesi kelayakan tapi masih mampu menamatkan perlumbaan 1 dengan baik.
"Mana tahu dia mampu mampu memenangi tempat pertama esok," katanya lagi.