Daripada go-kart ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC)!
Jika 18 tahun lalu tiada pendedahan ke atas dua anak kecil, Adele Lew dan Elison Lew, legasi Eddie Lew berhubung permotoran terutamanya lumba kereta mungkin tidak berlaku.
Namun, segalanya sudah tertulis dan mereka sekeluarga bakal bertarung mencari kedudukan dalam Toyota Gazoo Racing, Vios Challenge 2025.
Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Eddie berseloroh keadaan mungkin berbeza jika dia tidak memperkenalkan sukan go-kart kepada anak-anaknya.
"Saya menyesal membawa mereka bermain go kart," guraunya.
"Kerana mereka sangat menyukainya. Mereka suka berlumba dan mahu mengikuti jejak langkah saya.
"Terima kasih kepada Toyota Gazoo Racing kerana memberi peluang kepada mereka," katanya.
Sementara itu, Adele Lew mendedahkan sokongan dan dorongan bapanya menguatkan lagi minatnya untuk bersaing di litar.
Tiada istilah terpaksa, malah persaingan di antara adik-beradik dengan Adele dari Focus Racing Team, manakala Elison Lew dari Bae Racing By Es mencetuskan suasana harmoni di pit 14.
"Saya banyak menerima bantuan daripada bapa dan abang saya.
"Tiada tekanan daripada mereka. Ini adalah hobi kami," kata Adele.