Skip to main content

Permotoran

Toyota Gazoo Racing: Perebutan podium terbuka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

toyota-gazoo.jpg
Pusingan ketiga Kejohanan Toyota Vios Gold memberi pengalaman kali pertama buat mana-mana pelumba yang menerima pertambahan kilogram atau lebih tepat dengan terma 'success balast'.

Rata-rata merasai pengalaman dengan pertambahan berat merujuk kepada prestasi terdahulu setiap pelumba.

Pemenang bagi pusingan kedua yang juga berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Jun lalu, Freddie Ang dari pasukan Telagamas mengakui perbezaan berat sebaik pertambahan sebanyak 30kg diletakkan dalam jenteranya, khusus ketika membuat selekoh.

Pesaing terdekat, Mitchell Cheah, yang kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan kelebihan dua mata, turut melalui pengalaman yang sama di sesi latihan bebas hari ini.

Mitchell yang menerima success balast sebanyak 35 kilogram, yakin mampu mendominasi perlumbaan hujung minggu ini walaupun menyedari persaingan merebut kelompok tiga terbaik bakal melalui cabaran yang dikategorikannya sebagai peluang sama rata.

Bagi kategori Rookies, dua pelumba di kedudukan teratas, Aydan Khaliq dan Justin Rahul Dev, dijangka bersaing hebat merebut kejuaraan dalam dua perlumbaan hujung minggu ini.

Laluan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan digunakan sepenuhnya, yang turut membawa maksud sistem 'double scoring point' akan diguna pakai bagi perlumbaan yang mengambil masa selama satu jam.

Justin, yang berada di kedudukan kedua dengan satu mata dibezakan Aydan tidak mahu terbeban dengan success balast sebanyak 30kg yang diterimanya dalam sesi latihan hari ini.

Aydan pula yakin mampu melebarkan lagi jarak di antaranya dengan Justin, hanya menerusi sasaran mengakhiri pelumbaan di kedudukan pertama, bagi dua perlumbaan pusingan ketiga ini.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video