Kejutan berlaku dalam pusingan ketiga Toyota Gazoo Racing perlumbaan 1 membabitkan keputusan di podium utama kategori Super Sporting Class di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Ketika mata tertumpu kepada Freddie Ang dan Mitchell Cheah, pasukan baru, KMS 333 Motorsport, melalui pelumba berpengalaman, Amer Harris, sebaliknya mencetak kejutan dengan menghabiskan perlumbaan di kedudukan utama musim ini.
Harris tenang membuat percaturan sepanjang sejam perlumbaan dan dengan membawa jentera tanpa status 'success balast' yang menjadi kelebihan untuk dia mencipta kejutan.
"Aman memberikan saingan cukup sengit tapi saya mampu mengatasinya.
"Rasa hebat sebagai pasukan baru, kami menghabiskan sesi kelayakan di petak utama dan memenangi perlumbaan pertama.
"Saya mengharapkan kami dapat meneruskan momentum pada hari esok," katanya.
Tempat kedua milik Aman Nahdev yang membawa cabaran Pasukan Axle Sports, manakala Freddie di kedudukan ketiga.
Dalam kategori Sporting Class, Jwan Hii daripada Pasukan Hong Huat x Armada KK Racing, mengatasi pencabar terdekat, Justin Toh daripada Bae Racing By ES yang menduduki tempat kedua, dan ketiga milik Taj Aiman (Pasukan Saksama Motosports.
"Esok membabitkan cabaran berbeza.
"Jentera saya amat berkuasa jadi menarik untuk melihat (persembahannya) esok," katanya pula.
Dalam class rookies, Harkiesh Geeva, menepati ramalan menduduki tempat pertama dengan hanya membawa 15kg success balast, kategori paling ringan dalam kalangan pelumba rookies yang ada.
Harkiesh yang menyertai perlumbaan lain di sebelah pagi berhadapan dengan situasi cemas apabila keretanya berhadapan dengan kebakaran.
Namun, rasa trauma itu segera diatasi pelumba berusia 20 tahun tersebut.
"Sebaik mendapati kebakaran di tingkap, saya segera terlintas untuk melarikan diri.
"Selepas itu saya menyedari saya tidak lagi boleh membuat kesilapan.
"Saya sedar ia boleh menjejaskan matlamat kejuaraan saya, jadi saya buat apa yang perlu," katanya.