Skip to main content

Permotoran

Toyota Gazoo Racing: Mitchell Cheah tebus kehampaan dengan podium utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mitchell-cheah,.jpg



Pemandu Pasukan Prima Pearl SP Selatan, Mitchell Cheah, menebus kehampaan gagal berada di atas podium semalam dengan menjuarai kategori kelas supersporting Kejuaraan Toyota Gazoo Racing (TGR). 

Selepas sejam mendominasi perlumbaan, kepakarannya menerajui perlumbaan terganggu seketika apabila pelumba dari Pasukan Modern Racing, Najiy Ayyad Abdul Razak, bijak megambil peluang dan untuk seketika memimpin perlumbaan. 

Situasi itu tidak terganggu apabila Mitchell kembali menguasai perlumbaan dalam dua pusingan terakhir dengan mengetepikan musuh tradisinya, Freddie Ng, daripada Pasukan Telagamas Toyota selain pemandi Pasukan Axle Sports, Aman Nagdev.

Saya cuba mengekori rapat memandangkan perlumbaan ini yang panjang. 

"Saya perlu kekalkan tayar dan kekalkan catatan masa. Saya juga cuba menjarakkan diri sambil tidak membuat kesilapan kecil yang boleh menyebabkan saya dihambat. 

"Kami berhasil menjarakkan diri sebelum dipintas. 

"Tapi saya berjaya pimpin semula perlumbaan dan kekalkan pendahuluan," katanya. 


Dalam pada itu, kemenangan dramatik buat pemandu G-Mart Motorsport kategori sporting class, Adam Mikail, yang berjaya memintas 24 kereta demi podium utama.

Meskipun gagal menghabiskan perlumbaan 1 uang meletakkan kedudukannya di petak akhir bagi perlumbaan 2, namun itu bukan halangan untuknya bergelar juara pada hari ini. 

Juara perlumbaan kedua kelas rookies menjadi milik, Ian James Kok Jing, yang mengakui perlumbaan minggu ini memerlukan kekuatan mental luar biasa dalam mengharunggi cabaran penggunaan litar penuh selain format 'success balast' yang menuntut keperluan taktikal dalam kalangan pelumba.

"Tahap setiap pelumba hampir setara," kata Ian James pula. 
 

Advertisement

Must Watch Video