Selepas kategori super sporting class dan sporting class yang menjanjikan perlumbaan memukau, rookie class juga tidak kurang hebatnya apabila Rahul Dev mendominasi penguasaan litar dengan meraih kemenangan dalam perlumbaan Toyota Gazoo Racing, hari ini.
Aksi meyakinkan oleh Rahul jelas terpancar dengan menampilkan persembahan bertenaga sepanjang perlumbaan.
Rahul hadir dengan misi balas dendam apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat secara keseluruhan pusingan pertama pada April lalu, dia tidak lagi mahu dipandang sebelah mata dengan membuktikan gaya pemanduan di kelas tersendiri.
"Kemahiran memintas saya semakin bagus. Jadi saya harus memikirkan bagaimana saya boleh memotong kenderaan di hadapan.
"Saya berbangga kerana dapat mengurangkan kesilapan, sebaliknya berhasil mengenal pasti kebolehan saya untuk memenangi perlumbaan," katanya.