Skip to main content

Permotoran

Toyota Gazoo Racing: Freddie Ang optimis strategi menjadi, Aydan enggan dabik dada

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

toto.jpg
Selepas mencatatkan masa terpantas dalam sesi latihan semalam, Freddie Ang daripada pasukan Telagamas Toyota terus menunjukkan kejaguhannya apabila memenangi perlumbaan pertama menerusi kategori Super Sporting Class Toyota Gazoo Racing Festival, Gold Vios Championship musim kelapan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Dia yang sering bertukar-tukar posisi satu dua bersama Nabil Azlan ternyata mempamerkan persembahan memukau apabila terus mendominasi perlumbaan sejak lap pertama.

Malah, ini merupakan kebangkitan paling bermakna buat pelumba itu kerana sebelum ini dia gagal menamatkan perlumbaan pertama setelah jenteranya mengalami masalah. 

"Jika saya boleh mengejar Nabil dalam masa 30 minit pertama, perancangannya adalah untuk terus bertahan hingga separuh masa kedua.

"Ini adalah perlumbaan yang panjang, tayar semakin panas dan perlumbaan menjadi buruk. Semua perancangan berjalan lancar." katanya.






Dalam pada tu, dalam TGR Rookie Class pula menyaksikan penguasaan Aydan Khaliq apabila menjuarai kategori itu dengan penguasaan penuh dalam perlumbaan pertama.

Selepas menduduki tempat ketiga secara keseluruhan dalam pusingan pertama, kini Aydan terus membuktikan bahawa persembahannya daripada segi memotong dan ketenangan semakin meningkat secara mendadak. 

Begitupun, dia masih belum mendabik dada kerana menurutnya persaingan kesemua pelumba tetap hebat dan berintensiti tinggi.

"Saya tidak mahu saya yang terbaik tetapi semua pelumba di tahap sama, saya cuma focus pada perlumbaan saya sejak di Go-Kart lagi.

"Terima kasih kepada Toyot Gazoo Racing, pasukan saya dan jurutera yang menyiapkan pasukan." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video