Towerthon Menara KL: Destinasi pelancongan negara kumpul lebih 1000 peserta

Najmi Iman
Disember 3, 2024 21:08 MYT
1608 anak tangga yang melingkupi ketinggian 292 meter bakal menguji ketahanan dan semangat peserta yang mengambil bahagian dalam Towerthon Menara Kuala Lumpur 2024, Ahad ini.
Penganjuran yang sudah berusia 22 tahun itu masih melihat Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi utama peserta kerana ikonik dan kemegahan menara tersebut mencuri tumpuan atlet serata dunia.
"Penambahan tingkat membawa kepada cabaran baru dan berkemungkinan terdapat rekod baru juga bakal dipecahkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd, Nazli Saad.
Seramai 1220 sudah mengesahkan pendaftaran seiring sambutan yang akan memeriahkan suasana acara tersebut yang dipelopori atlet luar negara.
Aspek keselamatan diberi tumpuan khusus tatkala mengikuti garis panduan yang dikeluarkan oleh badan induk larian menara dunia.
"Demi menyambut dan merealisasikan hasrat tahun melawat Malaysia 2026, Menara KL merupakan destinasi wajib buat pelancong.
"Saya berharap dapat meningkatkan kemeriahan aktiviti seterusnya mahu mengadakan kejohanan dunia kelak," kata pengurus perlumbaan, Ishannuddin Hussin, dalam segmen tetamu jemputan Nadi Arena.
#Larian Menara #Towerthon Menara Kuala Lumpur 2024
;