Juara bertahan Le Tour De France, Tadej Pogacer terlibat dalam kemalangan pada peringkat ke-11 yang berlangsung di Toulouse pada Rabu.
Peringkat Toulouse yang meliputi jarak sejauh 165.3 kilometer itu menjadi episode duka buat pelumba kelahiran Norway itu selepas terjatuh akibat tergesel pelumba pasukan Uno-X Mobility, Tobias Johannessen, 4 kilometer sebelum ke garisan penamat.
"Saya minta maaf dengan apa yang telah berlaku" - kata Johannessen di laman sosial X.
Walaubagaimanapun, setelah mendapat rawatan, doktor mengesahkan pelumba berusia 26 tahun itu tidak mengalami kecederaan yang serius.
Selepas insiden itu, Pogacar menamatkan saingan peringkat ke-11 itu di kedudukan ke-35, namun dia menghuni tangga kedua secara keseluruhan dengan perbezaan 29 saat di belakang pendahulu Ben Healy.
Aksi seterusnya pada Khamis akan menyaksikan pendakian gunung sejauh 180.6 kilometer dari Auch ke Hautacam.