Skip to main content

Sukan Lain

Tour de France: Jonas Vingegaard sasar lebih kejayaan selepas pertahan kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jonas-vingegaard.jpg
Jonas Vingegaard menyasarkan lebih dominasi selepas menjuarai Tour de France buat kali kedua berturut-turut sambil Jordi Meeus memenangi peringkat terakhir melalui 'photo finish' di Champs Elysees awal pagi tadi.

Vingegaard sah mempertahankan gelarannya selepas memenangi perlumbaan di Col de la Loze pada Khamis lalu, di mana dia meraikannya bersama rakan sepasukannya di Jumbo-Visma selepas mereka melepasi garisan penamat secara bersama.

Vingegaard, yang menyarung jersi kuning di peringkat keenam, muncul juara dengan jarak masa tujuh minit dan 29 saat mengatasi bekas juara edisi 2020 dan 2021, Tadej Pogacar.

Hanya enam pelumba pernah memenangi tiga atau lebih gelaran Jelajah tetapi pelumba Denmark berusia 26 tahun berkenaan sudah mengintai peluang untuk menyertai mereka musim panas depan.

"Sudah pasti saya berbangga dan gembira. Kami memenanginya untuk kali kedua dan ia benar-benar hebat.... Saya perlu berterima kasih, bukan hanya kepada rakan sepasukan saya tetapi juga keluarga saya dan seluruh warga Denmark, mereka menyokong saya dan saya amat bersyukur.

"Ia perjalanan yang panjang tetapi ia berlalu dengan amat pantas. Kami berlumba setiap hari. Ia benar-benar pertarungan yang hebat di antara saya dan Tadej dan saya benar-benar menikmatinya.

"Sudah pasti saya berharap dapat kembali tahun depan dan melihat jika saya dapat meraih kejuaraan ketiga atau setidak-tidaknyasaya mencuba. Itulah perancangannya," katanya.
 

 

Advertisement

Must Watch Video