Skip to main content

Sukan Lain

Tour De France: Cuaca hujan tak halang Jonathan Milan raih kemenangan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

umldgkunucq8xkf6bnnqe7.jpg
Jonathan Milan yang mewakili pasukan Lidl-Trek berjaya meraih kemenangan keduanya di peringkat ke-17 saingan Tour De France 2025.

Perlumbaan sejauh 160.4 kilometer daripada Bollene ke Valence itu menyaksikan 30 kilomter terakhir yang penuh mencabar dan dramatik apabila cuaca mula hujan. 

Cuaca mencabar itu telah menghukum Tim Mirlier dan Biniam Girmay apabila mereka terlibat dalam kemalangan 1 kilometer sebelum ke gasian penamat.

Namun, Milan kekal optimis untuk merangkul kemenangan keduanya di Tour De France edisi ini selepas kali pertama pada peringkat kelapan (Saint-Meen-Le-Grand ke Laval Espace Mayenne).






Selepas peringkat ke-17, Milan kini kekal di takhta raja pecut dengan kutipan sebanyak 312 mata, manakala Tadej Pogacar kekal selaku pendahulu keseluruhan dengan beza sebanyak 4 minit 15 saat di depan pencabar, Jonas Vingegaard (Team Visma | Lease A Bike/Ned)

Aksi seterusnya akan menyaksikan pendakian sejauh 171.5 kilometer daripada Vif ke Courchevel Col De La Loze pada 25 Julai
 

Advertisement

Must Watch Video