Penunggang BMW, Toprak Razgatlioglu, berjaya menguasai kedua-dua perlumbaan dalam siri kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dalam pusingan perlumbaan yang berlangsung di Litar Misano, Pirelli Emilia-Romagna, Itali.
Pada aksi perlumbaan 1 yang berlangsung Toprak yang pada awalnya sedikit ketinggalan dengan pendahulu Remy Gardner sebelum berjaya memintas pelumba itu ketika berbaki 18 pusingan untuk ditamatkan.
Toprak seterusnya berjaya memimpin perlumbaan tersebut sehingga ke garisan penamat diikuti pelumba Ducati, Nicolo Bulega, di tempat kedua dan Danilo Petrucci ketiga.
Sementara dalam aksi perlumbaan 2 pula Toprak yang memulakan aksi di petak pertama, bagaimanapun ketinggalan pada awal babak perlumbaan yang menyaksikan ia dipimpin oleh Nicolo Bulega.
Walaupun agak jauh ketinggalan, namun pelumba kelahiran Turkiye itu berjaya merapatkan jurang masa daripada satu pusingan ke satu pusingan.
Sehinggalah perlumbaan memasuki 14 pusingan untuk ditamatkan Toprak akhirnya berjaya memintas kedudukan Bulega di selekoh untuk kembali memimpin perlumbaan.
Kedua-dua pelumba itu jauh meninggalkan pelumba lain untuk terus menghenjut jentera mereka ke garisan penamat.
Dengan kemenangan ini, Toprak masih lagi berada di kedudukan kedua dalam carta keseluruhan pelumba di belakang Bulega dengan mengumpul 283 mata manakala Bulega pula unggul dengan 292 mata.